Sunday, May 28, 2006

TriumPh in tHe SkY





Citernya bermula tenta Belle yang amat percaya kepada takdir. Dia membuat notis untuk mencari patung triangle, dipercayai patung cinta. Dia yakin, sesiapa yang dapat menemukan patung itu, maka orang itu adalah cintanya. Sam bertemu dengan patung tersebut tetapi ketika dalam kapal terbang, Zoe yang kebetulan merupakan salah seorang penumpang jatuh sakit. Zoe menemukan patung itu setelah sam tercicir kerana memujuknya. Sam kemudian bertemu Belle di Rom tetapi mereka salah anggap nama masing-masing. Selepas pertemuan di Rom mereka tidak bertemu lagi menyebabkan timbul salah faham antara mereka. Setelah bertemu semula, Belle dan Vincent telah bertunang. Salah faham antara mereka bertambah dalam. Zoe pula bekerja di Solar Airways selepas pengalamannya dulu dan dia juga ingin bertemu semula denganSam.

Bapa sam pula telah rujuk semula dengan ibunya dan membawa pulang ibunya dari Rom bersama adik lelakinya, Isaac. Hubungan Isaac dan Sam tak berapa baik kerana beberapa salah faham lebih-lebih lagi apabila ibu bapanya memperkenalkan Isaac sebagi pakciknya dan Isaac sering menggunakan status pakcik terhadap sam. Isaac ingin menjadi juruterbang seperti sam dan di situ dia bertemu dengan donald, zita dan teman2 lain. Issac juga berkawan baik dengan Zoe. Suatu hari, Belle ternampak patung triangle yang dicarinya dan mendapat tahu sam yang menghadiahkan kepadanya. Salah faham antara sam dan belle semakin dalam namun sam merestui perhubungan belle dan vincent kerana teman baiknya itu sanggup berubah demi gadis itu. Pelatih2 juruterbang baru akan dihantar untuk latihan di Eropah dan sam bersetuju untuk melatih mereka setelah vincent dan belle mengumumkan perkahwinan mereka. Sejurus selepas berkahwin, segala salah faham antara belle dan sam berakhir menyebabkan belle rasa bersalah dan keliru. Vincent yang mengetahui tentang perhubungan mereka sebelum ini membiarkan belle membuat keputusan. belle dan sam akhirnya mengambil keputusan untuk mengikut jalan masing2. belle kembali ke sisi vincent, sam pergi ke eropah.

Sementara itu, donald menyertai latihan itu demi untuk memikat zita, satu-satunya pelatih perempuan di situ tapi zita sebenarnya menyukai isaac. Setelah kembali ke hong kong, hubungan antara sam dan belle, sam dan isaac serta pelatih2 itu semakin baik.
Zoe kemudian meluahkan perasaan kepada sam tapi sam menolak kerana merasakan zoe terlalu muda kepada dia. dia merasa bersalah walaupun zoe tak kisah. lalu dia meminta sam membeli coklat kepadanya setiap kali dia terbang sebagai ganti. Solar Airways kemudian mengadakan pertandingan Asian Captain antara Sam dan Vincent untuk memilih yang terbaik. Akhirnya sam terpilih membuatkan vincent cemburu lebih2 lagi merasakan belle masih mempunyai perasaan kepada sam. tapi akhirnya dia sedar lalu menyokong sahabatnya. namun nasib baik tidak begitu baik kerana ketika cuba menyelamatkan belle kepalanya terhantuk dan dia menjadi buta untuk sementara waktu. lalu vincent menggantikan tempatnya. Sam rasa kecewa dengan apa terjadi lalu membawa dirinya ke italy. Isaac pula berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi juruterbang demi abangnya. zoe yang risaukan sam telah pergi mencari sam dan menjaganya. melihat keikhlasan zoe, sam akhirnya cuba menerima zoe sebagai temannya. Setelah pulang... masalah lain pula timbul apabila belle merasakan dirinya menghidap hiv dan mengadu kepada sam yang rupanya adalah salah faham. vincent marah setelah mengetahui perkara ini kerana merasakan belle tidak mempercayai dia. hubungan mereka semakin renggang lalu belle berpindah keluar dari rumahnya kerana keliru samada dia masih mencintai sam atau tidak. Vincent akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai dengan belle dan ingin menguruskan segalanya setelah pulang dari tugas nanti tapi malang tak berbau... ketika vincent sedar tentang cintanya terhadap belle dan hubungan belle dengan sam... dia meninggal ketika cuba menyelamatkan seorang kanak2.

Kematian vincent memberi tamparan hebat kepada belle. Ketika itu penyakit zoe kembali menyerang... sepupu zoe merasakan kematian vincent sebagai amaran agar zoe meninggalkan sam kerana sam dan belle telah ditakdirkan untuk bersama. Zoe tidak mengendahkannya tapi lama kelamaan dia merasa sangsi dengan hubungan sam dan belle. belle yang tidak dapat menerima hakikat kematian vincent merasakan vincent masih disisinya... sam sentiasa berada di sisinya untuk memujuk dan menjaga belle. zoe akhirnya membawa diri setelah memtuskan perhubungan dengan sam. sam pergi mencari zoe untuk meluahkan cintanya tapi zoe merasakan yang sam buat begitu kerana kasihan pada dia setelah mengathui dia menghidap penyakit jantung. sam yang benar2 telah jatuh cinta pada zoe membuktikan cintanya menyebabkan zoe semakin ingin berpisah dengan sam kerana bimbang sam akan sedih setelah kematiannya sepertimana belle. namun, akhirnya zoe sedar yang dia tidak mahu kehilangan sam. walau dapat bersama sedetik, itu sudah cukup. sam, zoe dan teman2 menyokong dan menasihatkan belle yang semakin teruk. akhirnya, belle sedar dan cuba menerima hakikat.
Ketika itu penyakit zoe semakin teruk dan dia dalam keadaan kritikal. dia terpaksa dibedah dan pembedahannya brjaya. sam dan belle pula akhirnya mengetahui perasaan mereka terhadap satu sama lain bukan seperti yang mereka sangkakan selama ini lalu mereka menjadi teman baik. belle kembali ke itali. sementara itu, isaac mengetahui tentang cinta zita padanya tapi dia menolak kerana mengetahui yang donald menyukai zita. oleh itu, zita menerima donald dan mereka berpasangan tapi setelah melihat pengalaman yang berlaku di antara sam dan belle dia akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah dengan donald lebih2 lagi perbezaan status antara mereka yang tidak disukai oleh bapa donald.Walaupun isaac akhirnya sedar tentang perasaannya terhadap zita dan cuba meluahkan kepada zita tapi zita menolak kedua mereka kerana tak mahu melukakan sesiapa lalu mereka bertiga menjadi teman baik... Seperti biasa... happy ending... perkahwinan sam dan zoe diadakan dilapangan terbang seprti yang zoe impikan... belle juga datang menghadiri perkahwinan mereka seperti yang dijanjikan....








Friday, May 26, 2006

anDai peRempuaN taHu isi haTi LeLaKi

Andai Perempuan tahu isi hati lelaki "Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin) Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita... Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama! Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..:) Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti... Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!"

RM 50 baRu

muka berdepan
berbelakang,ade stadium bukit Jalil lg.

munGe...

I miSz U so much !!!

Thursday, May 25, 2006

Tarif Letrik Naik 12% !!!

sTudY...

Hari ni ari khamis,sepatutnya aku balik kelate.Tp aku dimaklumkan bahawa kelas Persamaan Pembezaan akan berstart ari Isnin pulokk..biasenya ari selasa baru berstart.Minggu dPn ade kuiz ngan tutorial,kena wat sorang2 kat dpn plak tu.tensen gak aku.daH la bab Laplace Transform,bab yg amat susah.So,aku amik keputusan xnak balik kelate,lagipon awek aku xde kat kampung.Hujung minggu ni nak study sunggoh2 biar sampai jadi oranG...

Hari ni rindu lagi kat si Dia,ari2 rindu...nak cium xbleh..xpe,nanti tunggu raya ujung tahun ni.nak pegi umah sweetie.bapak die yg ajak..ehem.



k lah..tutup.

Saturday, May 20, 2006

LifeHouse...

Blind
by Lifehouse
I was young but I wasn't naive
I watched helpless as he turned around
to leave
and still I have the pain I have to carry
a past so deep that even you could not
bury if you tried
after all this time
I never thought we'd be here
never thought we'd be here
when my love for you was blind
but I couldn't make you see it
couldn't make you see it
that I loved you more than you'll ever know
a part of me died when I let you go
I would fall asleep
only in hopes of dreaming
that everything would be like is was
beforebut nights like this it seems are slowly fleeting
they disappear as reality is crashing to the floor
after all this time
would you ever wanna leave it
maybe you could not believe it
that my love for you was blind
but I couldn't make you see it
couldn't make you see it
that I loved you more than you will ever know
a part of me died when I let you go
and I loved you more than you'll ever know
a part of me dies when I let you go

maJlis mkn Free

Bermakan2 pe ntah,umah az ngan mai,die baru abih BAKSIS kat Jeli,Kelantan.
dah abih mkn...layan movie..

dessert..honey dew,bleh tahan la sedap!!

chow!!

Friday, May 19, 2006

bOrinG....

xde benda naK buaT aRi ni,baNgun tIdo jekk...huhu

Wednesday, May 17, 2006

mmmUUUaaahh!!!


awk,Kite wiNdu SanGat2 kat aWk....

saJe-SaJe

ANAK YANG SOLEH BERMULA DARI PERKAHWINAN YANG BERKAT. PERKAHWINAN YANG PALING BERKAT ADALAH HASIL DARI PERTEMUAN SUAMI DAN ISTERI YANG BERLANDASKAN SYARIAT.

AssalaMuaLaikum

Jam kol 6.55am May 17 2006,aku baru je create blog nihh...sbb aku xsuka ngan frenster,so cam ade laman web sendrik je lahh.